pagi-pagi dah keluar mengeteh
dalam kereta aku memandu
entah kemana aku pun tak tahu
dan disatu kedai ku berhenti kat situ
***
masuk aku kedalam perutnya
4 makcik dan 4 cerita
borak-borak dan sembang kosong
resam laki dirumah, dapur tak berasap
***
datang makcik mengambil arahan(order)
laksa dan teh O panas ku memberi tahu
senyum manis si gadis tua
tak ada gigi tak mengapa la
***
di satu sudut duduk si pendeta usang
jauh dia melangkau masa muka
di raut wajah melakar satu kisah
pahit getir seorang yang susah
***
hidup ini penuh keindahan
jauh perjalanan luas permandangan
laksanya sedap, tehnya cukup gula
selepas bayar aku pun bla