Archive for June, 2010

Hambar

Sunday, June 6th, 2010

2:33am | Monday | Wellington, NZ

Dah lama rasanya aku meninggalkan blog ni berdebu, berkarat tak berisi. Bukan melupakan, tapi menunggu tiba ruang masa yang kebiasaanya menghimpit. Bila ada sesuap udara untok lepak2, barulah rasa teringin untok menulis sesuatu..

Bila dikenang balik dua tiga hari yang lalu, atau lebih tepat lagi- seminggu yg lalu, aku seolah mati; kehidupan terhenti membeku dari nikmat. Ditambah pulak dengan serangan musim sejuk yang takkan meninggalkan badan dan sendi-sendi menjadi begitu malas dan liat sekali untuk bergerak. Sehingga satu istilah baru dicipta dalam journal hidup: malas nak hidup. Emosi dan perasaan jugak kurang menentu dan sukar dijangka, bercampur aduk. Bila terasa emo atau tacing-tacing, aku gunakan term ni sebagai alasan kukuh (harap-harap la) jika ditanya kenapa muka super masam, ditambah pulak dengan sedikit inisiatif untuk melakar senyuman, aku amat berharap aku dapat menutup kesedihan di muka, dan aku suka jika term ini digunakan sebagai bahasa paling ringkas dan padat bila mulut malas bercakap. Banyak benda yang aku fikirkan dan masalah-masalah ini akan turun ke benak jiwa, mencemar lingkaran diri dengan aura yang kotor dan negetif. Sungguh aku benci hidup sedunia dengan kesedihan dan kemurungan. Aku tak mahu dilihat lemah mengawal emosi. Lebih malang lagi bila aku cuba menyusun masalah-masalah yg ada satu per satu di dalam kotak fikiran, dan akhirnya aku sedar bahawa aku hanya membuang masa dan menyeksa diri.

Musim sejuk adalah musim meratap segala benda yang tak baik. Sesuai dengan warna kelabu langit, dan kelembapan tanah dibasahi selepas hujan, diri ini terasa berteman. Dan dalam situasi yang sebergini aku cenderung untuk menyepikan diri dari masalah baru, jadi aku lebih suka menghabiskan masa menyorok dibawah basement library. Aku sibuk-sibukan diri membaca coretan di dinding basement. Aku sedia maklum yg tempat tu terkenal dengan picisan-picisan murahan dan puisi-puisi sedih, jadi aku merasakan aku berada di tempat yang betul. Sekurang-kurangnya aku terasa terhibur gak dengan karya-karya yang sangat random tu. Kengkadang terusik oleh gegendang telinga dengan bunyi aliran-aliran paip dari seluruh penjuru library. Pernah sekali aku menjadikan bunyi air yang mencurah itu sebagai halwa telingan yang merdu, seperti aliran air terjun yang belum pernah diterokai oleh kerakusan detergent2. Sumber ketenangan ini aku mansuh akan definasinya selepas terbaca satu statement ni ” If one of the tubes broke, ur showered in poo”. Aku mula sedar yg selama ni aku menjunjung lantai tandas di tingkat dua. Sejak dari itu, bunyi-bunyi yang cemar itu somehow menjadi satu ganguan pulak semasa aku menelan isi buku masuk ke otak, dan (lebih sadis lagi) jugak bila menjamah bekalan makanan masuk ke perut.

Oleh kerana aku lebih banyak membuang masa dengan diri sendiri, maka aku kerap balik ke rumah lewat malam. Kawan-kawan pulak mula menarik muka, tanda kurang selesa dengan kesibukan aku (kononnya). Suasana dirumah semakin tenat mengeluarkan suara dari lima mulut yang ada. Aku cuma berdiam diri, tidak mahu menanggung rasa serba salah. Dan bila aku tewas membendung rasa bersalah ini, aku cuba menyakinkan diri bahawa aku tak bersalah, aku berhak keatas 24 jam dalam setiap hari aku secara mutlak dan total. Lagipun no one says anything bout it so why bothered bringing up some shits? Aku sedar jika keadaan ni melarat, aku mungkin akan gagal untuk menguasai semula drama persahabatan ini. Takpalah, maybe next time aku cuba memulihkan keadaan. Every first step of strategy must be started with unusual approach. Aku yakin dengan sedikit lawak bodoh sebagai umpan, aku mampu memancing hati kawan2 semula. Samalah seperti memancing ikan di laut, adalah afdal jika umpan diludah terlebih dahulu sebelum dicampak ke laut. Aku belum pernah memikirkan akan kesahihannya secara saintifik, tetapi aku percaya ia sangat mujarab .

Well, who really cares..