you are beautiful as what you are

Monday, June 1st, 2009

zoomchgfytfut87

sapalah nak puji kita kalau bukan kita. hahahaha dengar macam lawak, tapi ada gak kebenarannya. kita mungkin tak sempurna, tapi apa yang menyebabkan ketidaksempurnaan tu tak wujud adalah menghargai ‘kecelakaan’ diri kita toi dak? aku dulu selalu berangan nak jadi artis kacak, hidup mewah dalam kereta limo, awek disisi mengadu manja. tapi bila tengok diri dalam cermin, terasa diri begitu bawah sekali, sangat corot. muka out! so untuk menyedapkan diri adalah dengan cara membayangkan diri sebagai individual lain yang jauh lebih tampan dari jihan miskin. dan bila selalu saja berimaginasi sebagai jasad lain, kengkadang terlalu jauh hanyut untuk menjadi diri sendiri. kecantikan adalah priority utama, perlu diselarikan dengan masa menghadap dunia yang pelbagai. bila tangkap gambar, mesti tunjukkan kita adalah ciptaan paling sempurna, pose maut dah semestinya haha. senyum yang dibuat buat, kengkadang menimbulkan suasana yang sangat typical dalam bingkai gambar . kenapa perlu memeriahkan kecantikan? bukan kah kita makhluk paling sempurna kurniaan kebijaksanaan Tuhan. yes aku bersetuju kengkadang kecantikan itu menggoda, nak pulak bila kecantikan itu dihela dengan suntikan angin nafsu. cair beb haha. baru baru ni aku broswe photo galeri dalam profile sorang girl ni, budak kolej aku. aku sedia maklum yang minah ni memang agak conservatif orangnya, tak penah terhanyut dengan cara berpakaian zaman milenium ni. tak pandai dressing cam gadis kat luar sana. kengkadang terfikir, adakah dia tidak punyai nafsu untuk jatuh cinta dengan kecantikan dengan cara menjadikan diri dia sorang yang cun? ah, kenapa nak rungsingkan kepala, bukan dia seorang saja yang pelik sebegitu, ramai ja lagi. jadi nak dipendekkan cerita, setiap kali jumpa ngan girl ni, mesti dalam benak terlintas perkataan ‘bosan dan sangat menghambarkan’ hahaha. begitu kejam sekali, tapi dari pengamatan aku, kalau aku cakap kat dia pun, berkemungkinan besar aku gak yang malu, bukan sebab bakal dicurah dengan caci maki hamun, tapi kehambaran minah ni sendiri, yang sememangnya tak tertarik langsung pun untuk membawa isu pertikaian akan kecantikkannya sebagai buah pergaduhan. sampai satu tahap rasa nak lari ja dari dia, tak mau dah jumpa after fly. wah, sampai camtu sekali! aku bukan ah nak cakap aku ni bagus 24 jam, tapi susah nak cakap camna boleh rasa macam tu. mungkin perasaan ni timbul dalam satu siri mekanisma yang sangat rumit, yang Tuhan saja mampu tafsir. HUH tengoklah camner manusia melihat kecantikan sebagai dewi dewi hahahaha. Allah makburkan doa, dia pegi university lain, aku pi uni lain. bila dah duduk overseas ni, adalah satu kewajipan untuk duduk dihadapan laptop, mencari kenalan kenalan lama melalui facebook, friendster dan banyak ah lagi. sebabnya duduk kat negara orang ni kita terbatas sikit pergaulan, nak plak bila bahasa yang jadi kekangan, jadi dengan cara berhubung melalui intenet, paling tidak pun takdak lah sampai cakap sorang sorang. so satu hari ni, aku jumpa la profile girl ni. aku tengok gambaq gambaq dia upload. folder family. browse satu satu. hati jadi semakin tertarik nak klik next next next dan next lagik. bukan sebab dia dah berubah menjadi seorang yang mengliurkan, dia masih girl dengan label yang sama. tapi aku boleh rasakan yang dia ikhlas menjadi diri sendiri. dari senyuman dia, terasa begitu tulen sekali, dan kasih sayang dalam keluarga benar benar ada disitu. dia upload gambaq baby baru lahir, dari pengamatan aku, baby tu tak comel pun, siap bertepek ngan bedak sejuk lagi. tah la, aku rasa sejuk ja mata. agaknya dengan sifat tak penah mendefinasikan kecantikan tu menjadikan dia berani dan sangat bangga dengan apa yang dia ada. bila dah habes broswe tu, fikiran melayan terbawa ke arah satu persoalan, kenapa dia sangat berbeza dengan orang lain? lama aku bermuasabah diri, dan baru la aku sedar yang selama ni aku ditipu ngan bayang bayang kecantikan yang menyesatkan! cis! girl ni betul betul dah ‘belasah’ aku ngan cara yang sangat halus dan sinis, tapi sakit oo. kat telinga ni rasa sesuatu yang sedang mengejek. selama ni aku buta rupanya ek? girl ni nampak cantik walopun aku masih melihat minah yang dulu. sangat ajaib. sekarang baru la aku sedar yang aku tak penah ikhlas menjadi diri sendiri, sebaliknya sibuk pulak aku memikirkan macam mana lah aku nak jadi macam radhi oag. dan diakhir sesi mem-broswe gambar girl tu tadi, aku came out ngan satu senyuman yang sangat puas, dan menhembuskan nafas terakhir! hembusan terakhir bagi seorang radhi oag, brad pit palsu, dan menghirup oksigen kembali sebagai seorang iqbal hakeem yang sebenar! yeah bebeh. moral:come as you are!

19 comments on “you are beautiful as what you are

  1. kawan hang r... says:

    well done..the story abt the girl does reflecting me…it got a HUGE meaning for all the mankind to think of…u can be a great bloger, iqbal…u got talent dude…keep that up…for sure i’ll bookmark ur blog as one of my favourite…tapi jgn lupe study…tugas HAKIKI (study jd cikgu yg bgus) SHOULD COME BEFORE EVERYTHING…

    • tulisan bughok says:

      MY LORD!! thanks babe.. im too far from that la.. dont rain me with such a compliment.. i become super excited hahhahhah

  2. cnOor says:

    nice entry.:)

    • tulisan bughok says:

      thanks for reading my post! really appreciate it. i only expect people come and pass by without reading it, but its good enough to me. and u read my post! thankssss

  3. min says:

    …i’m opposite..i’m -ve.. abai..

  4. tulisan chantek tahap pheewiit says:

    perghhh..ur gud at writing, dont u?? moralnye, be urself la ek?

    p/s:*sdg bergosip* gtau la ak sapa die, nk g usha profile gak~wakakakaka..

  5. ayukaka8 says:

    eyt,i noe who is that ‘minah’ mentioned above,hehe can i tell everyone here??^_^ em btw we girls don’t really like that ‘minah’ word,especially for that such nice n sweet girl^^..*just an advice* peace yo!~

    • tulisan bughok says:

      owh sorry for any inconveniences. i admit my bad word. thanks ^^

      no u guys do not know and u will never ever know her. i never reveal her identity to any people so any prediction o assumption will be considered as ‘not knowing’. deal! and peace out..

  6. ayukaka8 says:

    but i’m still considering myself knowing who is that girl^^..u gave so many hints up there,so u should b expecting somebody to reveal who is that girl..one more thing,i’m really closed with ***** thru that ‘particular social network’,peace in back yo!~

    • tulisan bughok says:

      ok i respect you for having a good sense of sniffing thing but seems like it doesnt work quite well in this case hahhahahaha. better luck next time dear..

      ayu, syima and all readers, im sorry and craving for an apology if this entry would lead u all into misunderstandings. not my intention to humiliate her.. im disgracing myself instead.. ^^

  7. faijensen af Danmark says:

    poyo yer ko?!!! Iqbal it is better to be yourself…untk apa u nak compare with radhi oag tuu…????? Mmg betul, kecantikan bukan kita nak luaran sahaja… tetapi dalam.. By the way, jodoh kita x akn ke mana… tp kita kena cari….tau dak?

  8. ayukaka8 says:

    i’m not trying to create any mayhem here,but unintentionally i know who is that girl thru ur writing,pardon me for my good sense of sniffing things^^ but nothing much to worry bro,i wil absolutely hush this thing up..n i know that u are just taking her as to amend u urself n we people*be as what we are ha?*yup thats good!keep that up!n good luck with ur writing!peace!~

    • tulisan bughok says:

      ayu.. i have no clue whether or not we speak about the same girl, but my instinct strong says that we did! you are truly a good observer, aren’t you? hahhahaha but im not happy with that.. i feel guilty to her.. i really2 am.. please hush thing up ok.. ^^

      thanks for reading my post. the truth leads finally..

      • ayukaka8 says:

        yea we did!^^but no worries okay,i considered it advisable to keep this matter secret.so i’ll just hush up*but really sorry that two of my friends already found her*but surely i will tell them not to spread this thing out,deal!

  9. tutu says:

    blimey! dis entry is a resemblance of da vinci code mystery… hahaha… sapa pmpuan tu wehh??? =p man,u’v strted to learn livin in ur own tanned skin, which sounds like a neo-iqbal evolution, which is very good!!! u luk simply grgeous in ur own way rather than tryin to be those freaky stars which distorts the original beauty of urs… so, dnt strip off ur skin! =p

    p/s: weh weh…after exam gossip mau???

  10. ::rozie:: says:

    i bc..i senyum..u slalu ckp cm tuh kan..bersyukur lah dgn diri kita seadanya..just be urself,Iqbal Hakeem..people love d true one,not d plastic one maa..

  11. fairuzan says:

    Jiwang nyer ko…!!! well, beautiful is juz subjective things… It’s good to be yourself.. Tapi ko kata rupe ko mcm radhi oag ke? rupa ko tuu cuba2lah elokkan sikit mcm HANTU POCONG je….hihihi

Leave a comment